PUTERI LILIN
Monday, 26 September 2011
i love my mummy!!!!
Orang kata aku lahir dari perut mak...
(bukan org kata...memang betul)
Bila dahaga, yang susukan aku.... mak
...
Bila lapar, yang suapkan aku.... mak
Bila keseorangan, yang sentiasa di sampingku.. .. mak
Kata mak, perkataan pertama yang aku sebut.... Mak
Bila bangun tidur, aku cari.... mak
Bila nangis, orang pertama yang datang .... mak
Bila nak bermanja, aku dekati....... mak
Bila nak bergesel, aku duduk sebelah.... mak
Bila sedih, yang boleh memujukku hanya.... mak
Bila nakal, yang memarahi aku.... mak
Bila merajuk, yang memujukku cuma...... mak
Bila melakukan kesalahan, yang paling cepat marah.... mak
Bila takut, yang tenangkan aku.... mak
Bila nak peluk, yang aku suka peluk.... mak
Aku selalu teringatkan ..... mak
Bila sedih, aku mesti talipon.... mak
Bila seronok, orang pertama aku nak beritahu..... mak
Bila bengang.. aku suka luah pada.. mak
Bila takut, aku selalu panggil... "mmaaakkkk! "
Bila sakit, orang paling risau adalah.... mak
Bila nak exam, orang paling sibuk juga.... mak
Bila buat hal, yang marah aku dulu.... mak
Bila ada masalah, yang paling risau.... mak
Yang masih peluk dan cium aku sampai hari ni.. mak
Yang selalu masak makanan kegemaranku.... mak
kalau balik ke kampung, yang selalu bekalkan ulam & lauk pauk..... mak
Yang selalu simpan dan kemaskan barang-barang aku.... mak
Yang selalu berleter kat aku... mak
Yang selalu puji aku.... mak
Yang selalu nasihat aku...... mak
Bila nak kahwin..Orang pertama aku tunjuk dan rujuk..... mak
Aku ada pasangan hidup sendiri....
Bila seronok, aku cari....pasanganku
Bila sedih, aku cari..... mak
Bila berjaya, aku ceritakan pada....pasanganku
Bila gagal, aku ceritakan pada.... mak
Bila bahagia, aku peluk erat....pasanganku
Bila berduka, aku peluk erat.... emakku
Bila nak bercuti, aku bawa....pasanganku
Bila sibuk, aku hantar anak ke rumah.... mak
Bila sambut valentine.. Aku bagi hadiah pada pasanganku
Bila sambut hari ibu...aku cuma dapat ucapkan “Selamat Hari Ibu”
Selalu... aku ingat pasanganku
Selalu.. mak ingat kat aku
Bila-bila.... aku akan talipon pasanganku
Entah bila... aku nak talipon mak
Selalu...aku belikan hadiah untuk pasanganku
Entah bila.... aku nak belikan hadiah untuk emak
Renungkan:
"Kalau kau sudah habis belajar dan berkerja... bolehkah kau kirim wang untuk mak?
mak bukan nak banyak... lima puluh ringgit sebulan pun cukuplah".
Berderai air mata jika kita mendengarnya..........
Tapi kalau mak sudah tiada..... .....
MAKKKKK...RINDU MAK..... RINDU SANGAT....
Berapa ramai yang sanggup menyuapkan ibunya......
berapa ramai yang sanggup mencuci muntah ibunya......
berapa ramai yang sanggup mengantikan lampin ibunya.....
berapa ramai yang sanggup membersihkan najis ibunya.......
berapa ramai yang sanggup membuang ulat dan membersihkan luka kudis ibunya....
berapa ramai yang sanggup berhenti kerja untuk menjaga ibunya.....
dan akhir sekali berapa ramai yang sembahyang JENAZAH ibunya.......
Seorang anak mendapatkan ibunya yang sedang sibuk menyediakan makan malam di dapur lalu menghulurkan sekeping kertas yang bertulis sesuatu. Si ibu segera mengesatkan tangan di apron menyambut kertas yang dihulurkan oleh si anak lalu membacanya.Kos upah membantu ibu:
1) Tolong pergi kedai : RM4.00
2) Tolong jaga adik : RM4..00
3) Tolong buang sampah : RM1.00
4) Tolong kemas bilik : RM2.00
5) Tolong siram bunga : RM3.00
6) Tolong sapu sampah : RM3.00
Jumlah : RM17.00
Selesai membaca, si ibu tersenyum memandang si anak sambil sesuatu berlegar-legar si mindanya. Si ibu mencapai sebatang pen dan menulis sesuatu di belakang kertas yang sama.
1) Kos mengandungkanmu selama 9 bulan - PERCUMA
2) Kos berjaga malam kerana menjagamu - PERCUMA
3) Kos air mata yang menitis keranamu - PERCUMA
4) Kos kerunsingan kerana bimbangkanmu - PERCUMA
5) Kos menyediakan makan minum, pakaian, dan keperluanmu -PERCUMA
Jumlah Keseluruhan Nilai Kasihku - PERCUMA
Air mata si anak berlinang setelah membaca apa yang dituliskan oleh siibu. Si anak menatap wajah ibu,memeluknya dan berkata,
"Saya Sayangkan Ibu". Kemudian si anak mengambil pen dan menulis "Telah Dibayar" pada mukasurat yang sama ditulisnya.
Thursday, 22 September 2011
hati wanita yang sering di sakiti..
aku lansung x faham dengan lelaki.. kenapa lelaki suka menyakiti hati wanita.. hati aku nie sering dilukai.. selama ni aku terpaksa menipu diri sendiri.. kenapa aku harus melakukan ini semua hanya kerana lelaki?? selama 5tahun perkenalan kami, ini yang dia berikan kepada aku.. perit hati aku bagai di hiris2..selama ni aku bersabar dengan sikap dia.. apa yang dia cakap,aku dengar je.. tapi kenapa bila time aku dia x pernah nak dengar.. aku nie siapa bagi dia?? tak kan aku masih nak menipu diri sendiri lagi? ape sahaja kesalahan aku,dia akan memberitahu family aku.. walaupun kesalahan kecil. sedangkan dia gan aku xde pape ikatan.. bila kesalahan dia,aku diam je.. walaupun hati ni perit sangat2.. aku memang ada niat untuk menduakan dia, and sekarang aku ada seseorang yang menunggu aku, tapi aku susah nak terima seseorang itu,sebab aku tak nak sakit kan hati dia.. by the way, aku pun xnak sakitkan hati seseorang tu.. so aku buat seseorang itu sebagai 'TTM'.. sekarang nie aku jadi BLUR.. xtahu nak membuat keputusan yang betul.. jika aku terus begini,sampai bila2 pun hati aku akan terus di sakiti..
Wednesday, 21 September 2011
minggu exam n demam..
19hb n 20hb sept 2011 saya tlah lepas exam bel 120 n ctu 101.. agak selesa sekali.. tapi hari nie saya dah start demam.. dh la 2 n 4 hb oktober 2011 saya ada exam VCL 105 n VCL 125.. subjek sejarah plak tu.. hurrmmmm....... apa boleh buat,sudah nasib badan..anda semua macam mana study n exam? ok ke? actually saya xtau nk post ape.. n post ni dibuat kerana saya bosan.. =)
Saturday, 17 September 2011
tragedi 17 sept 2011..
tepat jam 1 petang aku gan kawan2 aku gerak g umah terbuka syakir dkat I/M 2, kuantan. n kami lepak2. and kul 3 petang slpas mkn kami otw plak g mandi hutan lipur sg. pandan ... best gler kotw.. =) tapi kat situ terjadi satu kejadian ngeri.. citer nyer cmni.. aku nie ngade2 ikot fizi n navy nek atas batu tinggi sampai kepuncak.. then paan n adie marah, n diorg pun naik atas untuk bawa aku turun bawah.. aku pun turun pelan2.. n tetiba plak paan tergelincir dari atas sampai bawah.. time tu aku dah betul2 takut.. yang aku paling x percaya paan sanggup lepaskan tangan aku n adie waktu tergelincir tu.. sbb klau dia x lepaskan , mesti kami bertiga dah sama2 tergelincir.. syukur alhamdullilah allah telah selamatkan nyawa kami.. paan selamat,walaupun kaki dia terseliuh.. hmmm...aku masih rasa bersalah walaupun kami selamat.. sebab semua nie slah aku.. kalau aku x naik atas tu,mesti perkara nie x terjadi.. thanks sangat2 sebab korang nak selamatkan nyawa aku walaupun orang yang jadi mangsa.. i'm so sorry..
Subscribe to:
Posts (Atom)